Perempuan mudah masuk syurga tapi ramai di neraka

Mudah bagi perempuan untuk masuk syurga

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

Namun perempuan lebih ramai di neraka

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

19 Respons to “Perempuan mudah masuk syurga tapi ramai di neraka”

  1. bmba09 Says:

    Assalamua’laikum! Syarat isteri masuk syurga mesti taat kepada suaminya. Suami pula, sebagai seorang anak, syurganya di bawah tapak kaki ibunya. Mohon penjelasan:
    1. Bagaimana pula ibu kepada isteri lelaki tersebut? Adakah “ibu” turut bermaksud ibu mertua? Jika benar, boleh rujuk hadis atau dalil al-Quran.
    2. Perkara apa yang dibuat isteri yang membenarkan seorang suami memukul isterinya? Mohon diberi rujukan hadis atau dalil al-Quran. Terimakasih saya ucapkan.Wassalam.

  2. sulaiman Says:

    1. Ibu yang dimaksudkan adalah ibu kandung. Walaubagaimanapun hendaklah menghormati ibu mertua.

    2. Antara perkara yang membolehkan suami memukul isteri ialah misalnya isteri tidak mahu sembahyang, setelah dinasihati dan di pisahkan tempat tidur. Namun tidak boleh memukul sehingga lebam atau pecah dan hanya boleh memukul bahagian seperti paha, belakang dan tidak boleh pukul muka.

    Dalilnya :

    An-Nisaa [34]…..dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

  3. bmba09 Says:

    Assalamualaikum! Terimakasih di atas penjelasan pihak tuan. Saya berharap pihal tuan dapat memberi lebih penjelasan lagi.

    Saya pernah mendengar kita harus menghormati ibu mertua sama seperti menghormati ibu kandung kita. Adakah dalam Islam taraf ibu mertua sama seperti ibu kandung kita?

    Satu lagi, apakah perbuatan yg dikira nusyuz buat seorang isteri dan juga seorang suami.

    Penjelasan daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terimakasih.

  4. sulaiman Says:

    Taraf ibu kandung lebih tinggi kerana syurga di bawah tapak kakinya. Dia yang bersusah payah mengandungkan kita.

    Nusyuz itu apa jua perbuatan yang menderhakai Allah (maksiat) seperti tidak melakukan sembahyang, puasa. (secara mudahnya meninggalkan apa yang disuruh Allah, melakukan apa yang dilarang)

  5. siti Says:

    assalamualaikum…
    saya ada kemusykilan berkenaan sabda Rasulullah s.a.w. berbunyi:
    “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
    Boleh terangkan dengan lebih terperinci apakah yang dimaksudkan dengan ayat ke-2 diatas.
    terima kasih.

    • sulaiman Says:

      waalaikummussalam,
      Kurang agama disini maksudnya kurang daripada segi jumlah amalan yang dilakukan..kerana apabila perempuan haid, mereka tidak boleh sembahyang dan berpuasa.

  6. as Says:

    assalamualaikum…
    sy xfaham….’wanita yang berbuka puasa kerana haid’ di katakan kekurangan agama..?
    terima kasih

  7. hasri Says:

    bagaimana pula dengan ibu bapa si isteri? adakah isteri akan berdosa jika tidak ikut kemahuan ibu bapa??

    • sulaiman Says:

      Keutamaan bagi isteri adalah mengikut kemahuan suami, kerana suami yang akan menanggung dosa yang dilakukan oleh isterinya (dosa yang diketahui).
      Selain itu isteri juga mendapat separuh pahala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya.

  8. azwa Says:

    salam.bagaimana dengan perempuan yang tidak berkahwin?

  9. azwa Says:

    apakah hukum untuk perempuan yang tidak berkahwin seumur hidupnya?adakah berdosa?

    • sulaiman Says:

      Tidak berdosa, cuma menyalahi sunnah nabi. Ada juga wali perempuan yang tidak berkahwin seperti Rabiah dari Basrah kerana ingin memberikan sepenuh cintanya kepada Allah.

  10. siti Says:

    Salam,
    Sekiranya suami isteri sentiasa bergurau,isteri selalu bergurauan agak kasar tapi tidak sampai menyakiti suami,kadang2 suara tinggi terhadap suami atas dasar semasa bergurau…..adakah isteri berdosa?

    • rodziah binti abd rahman Says:

      bolehkah seorang isteri minta cerai sekiranya suami tidak mampu beri nafkah kerana miskin?
      Bolehkah isteri minta cerai sekiranya suami tidak suka pada keluargs isteri?

  11. norhasimah Says:

    no


Kemusykilan atau pertanyaan