Pertanyaan Allah Kepada Pembunuh Bayi

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya. (At-Takwir :8) Dengan dosa apakah dia dibunuh? (At-Takwir :9)

Di zaman jahiliyyah dahulu, masyarakat Arab menanam anak-anak perempuan mereka kerana malu mendapat anak-anak perempuan. Namun pada zaman ini, orang Islam sendiri, terutamanya di Malaysia menanam bayi mereka setelah terlanjur melakukan zina. Kebanyakan mereka melakukan perbuatan ini setelah terdedah dengan pelbagai bentuk gambar, filem, video lucah, pergaulan bebas dan kurangnya didikan agama.

Pembunuh-pembunuh bayi ini akan ditanya di akhirat nanti oleh Allah s.w.t, apakah dosa yang telah dilakukan oleh bayi itu sehingga menyebabkan mereka dibunuh. Tiap yang bernyawa akan mati, diberikan nyawa itu untuk diuji semasa di dunia dan mereka akan disoal di akhirat nanti sebelum dimasukkan ke dalam syurga atau dicampak ke dalam neraka.

Berita:

Bayi perempuan tidak cukup bulan ditemui tertanam di tanah perkuburan

Mayat dibekal ubat semut

Buang bayi tindakan kejam

Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah

Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi

Bekas pelajar UiTM mengaku salah buang bayi di tempat buang sampah

Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi

Mayat bayi ditemui dalam longkang

2 Respons to “Pertanyaan Allah Kepada Pembunuh Bayi”

  1. Kenapa Umat Islam Lemah « Nasbun Nurain Says:

    […] diperolehi sehingga akhirnya membawa kepada perzinaan. Bahkan di Malaysia ini sehingga sanggup membuang anak kerana terlanjur berzina. Kerana itulah awal-awal lagi Islam telah menyekat 4 perkara ini iaitu […]

  2. Umat Islam Perlu… | Nasbun Nurain Says:

    […] diperolehi sehingga akhirnya membawa kepada perzinaan. Bahkan di Malaysia ini sehingga sanggup membuang anak kerana terlanjur berzina. Kerana itulah awal-awal lagi Islam telah menyekat 4 perkara ini iaitu […]


Kemusykilan atau pertanyaan