Kepandaian Milik Mukmin, Kutiplah Di Mana Saja

Setiap ilmu dan kepandaian di dalam apa juga bidang… samada perubatan, astronomi, pentadbiran, pembangunan, perindustrian, pertanian dan lain-lain, maka muslim (orang Islam) adalah orang yang lebih berhak memilikinya.

Rasulullah saw telah bersabda:
Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Al-Hikmah adalah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada kehidupan manusia termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

Kutiplah dan ambillah ilmu di mana sahaja ia berada kerana ia adalah milik orang Islam, walaupun di luar negara. Orang Islam suatu masa dahulu telah belajar dan memiliki ilmu dalam pelbagai bidang sehingga golongan bukan Islam terpaksa merujuk kepada mereka. Misalnya Ibnu Sina adalah seorang tokoh perubatan Islam yang sering dirujuk dalam bidang kedoktoran.

Dalam hadith yang lain disebut, ajarlah anak kamu menulis. Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya, maka didiklah anak sesuai zamannya!”. Zaman yang dimaksudkan ini adalah zaman perlumbaan ilmu.

“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”

Orang Islam lemah kerana mereka tidak mempunyai ilmu, kepakaran dan tidak bercita-cita tinggi. Rasulullah saw juga bimbang umatnya lemah keyakinan. Umat Islam hendaklah berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Dalam hadith disebut “Tinggi cita-cita itu cetusan iman. Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin membina kapalterbang agar dapat memajukan umat Islam, yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan.

5 Respons to “Kepandaian Milik Mukmin, Kutiplah Di Mana Saja”

  1. Kepandaian Milik Mukmin, Kutiplah Di Mana Saja « Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt Says:

    […] Milik Mukmin, Kutiplah Di Mana Saja Kepandaian Milik Mukmin, Kutiplah Di Mana Saja Posted on Mei 31, 2010 by […]

  2. Kenapa Umat Islam Lemah « Nasbun Nurain Says:

    […] Islam lemah pada hari ini kerana mereka kurang berilmu. Mereka tidak mampu mencipta kipas sendiri, apalagi hendak mencipta kapal terbang, senjata atau […]

  3. Ali Says:

    artikel ini boleh memberi motivasi…

  4. Umat Islam Perlu… | Nasbun Nurain Says:

    […] Islam lemah pada hari ini kerana mereka kurang berilmu. Mereka tidak mampu mencipta kipas sendiri, apalagi hendak mencipta kapal terbang, senjata atau […]

  5. Kepandaian Milik Mukmin, Kutiplah Di Mana Saja | Suara Muhajirin 313 Says:

    […] September 24, 2014   TAZKIRAH Setiap ilmu dan kepandaian di dalam apa juga bidang… samada perubatan, astronomi, pentadbiran, pembangunan, perindustrian, pertanian dan lain-lain, maka muslim (orang Islam) adalah orang yang lebih berhak memilikinya. Rasulullah saw telah bersabda: Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi). Al-Hikmah adalah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada kehidupan manusia termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia. Kutiplah dan ambillah ilmu di mana sahaja ia berada kerana ia adalah milik orang Islam, walaupun di luar negara. Orang Islam suatu masa dahulu telah belajar dan memiliki ilmu dalam pelbagai bidang sehingga golongan bukan Islam terpaksa merujuk kepada mereka. Misalnya Ibnu Sina adalah seorang tokoh perubatan Islam yang sering dirujuk dalam bidang kedoktoran. Dalam hadith yang lain disebut, ajarlah anak kamu menulis. Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya, maka didiklah anak sesuai zamannya!”. Zaman yang dimaksudkan ini adalah zaman perlumbaan ilmu. “Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.” Orang Islam lemah kerana mereka tidak mempunyai ilmu, kepakaran dan tidak bercita-cita tinggi. Rasulullah saw juga bimbang umatnya lemah keyakinan. Umat Islam hendaklah berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Dalam hadith disebut “Tinggi cita-cita itu cetusan iman. Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin sistem hidup Islam – sebagai cara hidup agar Islam dilihat tinggi dan berwibawa.  Yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan. KLIK UNTUK SUMBER […]


Kemusykilan atau pertanyaan