Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya termasuk hak seorang bapa terhadap anaknya ialah mengajarnya menulis, mempercantikkan namanya dan mengahwinkannya apabila dia telah baligh (cukup umur) (Riwayat Ibnu Najjar)

Ajar Anak Menulis

Daripada sejumlah 124,000 sahabat hanya 12 orang sahabat yang tahu menulis, maka Rasulullah s.a.w. menyuruh para sahabat mengajar anak-anak mereka menulis.

“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”

Meletakkan Nama Yang Baik

Dalam sebuah hadith ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan namanama kamu dan namanama bapa kamu, dari itu elokkanlah namanama kamu.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad). 

Nama yang paling baik ialah nama-nama Allah, namun haruslah ditambah perkataan “Abdul” sebelum nama Allah, misalnya Abdul Rahman. Ini diikuti dengan nama-nama nabi dan nama orang-orang soleh. 

Mengahwinkan Anak Apabila Baligh

Seorang bapa hendaklah mengahwinkan anaknya yang telah cukup umur dengan pasangan yang sekufu iaitu setaraf. Ini kerana dibimbangi berlakunya perceraian di kemudian hari terutamanya apabila anak perempuan itu biasa hidup dalam kemewahan dan kesenangan.

2 Respons to “Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak”

  1. azizi Says:

    bagaimana dengan calon pilihan anak perempuan sendiri?adakah sebagai seorang bapa,boleh menerima pilihan anak perempuannya?


Kemusykilan atau pertanyaan