Larangan melantik Kafir sebagai pemimpin tertinggi

Ali-Imran [28] Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman

Agama juga berkait rapat dengan politik iaitu kuasa pemerintahan. Ayat ini melarang orang Islam dari melantik orang kafir sebagai pemimpin tertinggi dan apa-apa jawatan penting dalam sesebuah kerajaan Islam. Ini kerana apabila mereka (orang kafir) berkuasa, mereka boleh memusnahkan amalan orang Islam, juga askar dan polis terletak di bawah kekuasaan mereka.

Islam tidak benar lantik orang kafir sebagai ketua negara, ketua tentera dalam sesebuah kerajaan Islam . (post yang “top” seperti perdana menteri mesti Islam). Ini kerana dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan pertahanan umat Islam akan diketahui mereka. Dalam ayat yang lain, dilarang menjadikan orang kafir sebagai penyimpan rahsia:

Ali-Imran [118] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai)…….

Dalam mazhab Syafie, orang kafir tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan Islam dan menjadi tentera. Dalam mazhab Hanafi, orang kafir boleh memegang jawatan dalam kerajaan Islam dan boleh menjadi tentera selagi jawatan tertinggi dipegang oleh orang Islam.

Sekiranya dilantik juga, Allah tidak rugi apa-apa, sebaliknya orang Islam yang rugi, berdosa dengan Allah dan Islam juga akan musnah :

dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun,

Selain itu dilarang juga berkawan rapat dengan orang kafir. Sejak dari dahulu lagi, mereka tidak ikhlas dalam berkawan dengan orang Islam. Cuma sekadar menanam tebu di bibir mulut. Dibolehkan bergaul dengan orang kafir dalam urusan harian dan bisnes, selagi mereka tidak menggangu urusan kerajaan dan pemerintahan. Jika mereka terlibat dengan pemerintahan, maka berhati-hatilah berurusan dengan mereka seperti “menanam tebu dibibir mulut”. Orang kafir yang terlibat dengan politik tidak lagi termasuk dalam kategori kafir zimmi.

Kafir zimmi
Berdasarkan maksud surah Mumtahanah ayat 8-9 dan surah Ali Imran ayat 28, kafir zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-

(a) Orang kafir yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam,(b) Kafir yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan Islam, dan (c) Kafir yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam

“kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)”

Misalnya di negera bukan Islam atau di negara yang sama banyak bilangan kafir dan Islam, dibolehkan melantik bukan Islam sebagai pemimpin.

dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Politik juga bukanlah lesen untuk mengata, mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain. Semuanya akan disoal apabila kembali kepada Allah nanti.

Tempat kembali kepada Allah cuma dua iaitu syurga dan neraka. Adapun A’raf (atas pagar) itu cuma tempat sementara bagi mereka yang sama banyak timbangan amalan baik dan jahatnya, orang yang gila sebelum baligh. Akhirnya mereka dimasukkan ke dalam syurga setelah disiksa batin melihat keseronokan syurga.

https://nasbunnuraini.wordpress.com/2006/12/08/amanah-taat-pemimpin-politik/

6 Respons to “Larangan melantik Kafir sebagai pemimpin tertinggi”

  1. muhammad Says:

    salam..
    ade kemusykilan dalam memilih pemimpin..diharap maulana dapat memberi penjelasan dgn jelas..

    apakah hukum mengundi?

    bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?

    ada x dalil2 atau nas yg mewajibkan semua org untuk mengundi?

    bagaimanakah ciri2 pemimpin yg patut dipilih sebagai umat islam?

    sekiranya ada 2 pemimpin muslim yg bertanding diatas parti politik yg berbeza, bagaimanakah untuk menentukan pemilihan pemimpin,berdasarkan akhlak individu atau prisip parti?

    sekiranya ditempat kita terdapat 2 pemimpin kafir..bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin?

    sekiranya seorg lelaki kafir bertanding dgn wanita islam..siapakah yg sepatutnya kita undi sebagai pemimpin?

  2. sulaiman Says:

    Apakah hukum mengundi?

    Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.

    Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?

    Jika perlu ia boleh menjadi fardhu ‘ain atau wajib. Seperti adanya arahan dari pihak Pemerintah sendiri.

    Adakah dalil-dalil atau nas yang mewajibkan semua orang untuk mengundi?

    Tiada dalil yang jelas secara hitam putih. Ia hanya satu keperluan bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

    Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?

    Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat.

    Sekiranya ada 2 pemimpin muslim yang bertanding di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah untuk menentukan pemilihan pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?

    Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat.

    Sekiranya di tempat kita terdapat 2 pemimpin kafir.. Bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin?

    Pilihlah pemimpin kafir yang lebih prihatin dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam.

    Sekiranya seorang lelaki kafir bertanding dgn wanita Islam… Siapakah yg sepatutnya kita undi sebagai pemimpin?

    Wanita Islam.

  3. abu umar Says:

    Apakah hukum kita memilih pemimpin yang mengatakan memperjuangkan islam tetapi tunduk kepada perintah orang kafir?

  4. Saudara Islam Says:

    Hukum yang asal ialah menegakkan Islam, bukan hanya menegakkan perundangan Islam tetapi berusaha meningkatkan tahap ketakwaan semua orang Islam dan juga mengislamkan seramai mungkin orang kafir ..” Islam lah kamu nescaya kamu akan selamat” ..malangnya kita hari ini terlalu sibuk untuk dapatkan pangkat dan kuasa .. kononnya dengan niat utk tegakkan perundangan Islam tetapi melanggar batas-batas takwa.. menghancurkan persaudaraan Islam. Sudah begitu banyak amalan Islam yang dikorbankan atas tiket “menegakkan perundangan Islam”. Dimanakah Ulama2 yang ikhlas? Kenapa mereka berdiam diri ? Bangun dan tegakkan kebenaran !!!

  5. zuhairi Says:

    Atas alasan untuk menjaga keharmonian masyarakat majmuk, pemerintah islam telah membuat perjanjian dengan parti bukan islam untuk tidak melaksanakan perundangan seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Bolehkah kita sebagai orang islam memberi sokongan kepada pemerintah ini.


Kemusykilan atau pertanyaan