Hati-hati cari harta dunia

Rasulullah s.a.w. bersabda “berhijrahlah kamu dari dunia dan isi kandungannya” (Riwayat Abu Naim Dari Sayyidatina Aisyah)

Hadith ini bukanlah melarang mencari harta dunia dan disuruh meninggalkan dunia bukanlah kerana ia keji, tetapi:

  • Disuruh meninggalkan dan menjauhkan diri dari harta yang haram.
  • Sebagai satu peringatan bahawa kekayaan itu boleh buat kita lupa daratan dan tidak selamat dari dosa, sebagaimana dalam hadith “Adakah orang yang berjalan di atas air tidak basah kedua kakinya, begitulah orang yang menyayangi dunia, tidak selamat ia dari beberapa dosa”.

Islam tidak melarang kita mencari harta, cuma perlu berhati-hati. Orang Islam perlu dunia untuk sampai ke akhirat, seperti sampan perlukan air untuk bergerak. Jika air masuk ke dalam sampan, tenggelamlah sampan itu. Begitu juga dunia, jika ia sudah masuk ke dalam hati (terlalu kasihkan dunia), maka tenggelamlah manusia dalam dunia ini.

Carilah harta untuk keperluan Islam sebagaimana Sayyidina Abu Bakar memberikan kesemua hartanya untuk keperluan Islam di dalam satu perang. Sayyidina Umar pula memberikan separuh hartanya.

Carilah harta tetapi jangan cuai dan terlalu menyayanginya.

Fatir [5] Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar;maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan