Hadiah Allah kepada mukmin

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadiah Allah ke atas mukmin ialah peminta sedekah di depan pintu rumahnya” (Riwayat Khatib)

Peminta sedekah yang datang ke rumah mukmin (orang-orang Islam yang baik) ialah pemberian dari Allah kerana kita tidak perlu bersusah payah keluar mencari untuk memberi sedekah. Maka janganlah lepaskan peluang ini untuk mendapatkan rahmat Allah. Berilah mengikut ikhlas hati kita. Tanyallah hati banyak mana yang kita ikhlas untuk kita bersedekah.

Walaupun ada kemungkinan ditipu, itu antara dia dengan Allah. Kita memberi kerana Allah, tipu itu “dia punya pasallah”. Dalam hadith juga ada disebut : “Jika peminta sedekah itu datang dengan menaiki tunggangan; terpulang kepada kamu, kalau hendak beri maka berilah dan jika tidak, jangan berkata apa-apa”. Misalnya peminta sedekah itu datang naik motor atau kereta dan di”parkingnya” jauh-jauh, terpulanglah kepada kita samada hendak memberi atau tidak. Jika tidak mahu beri, “jangan kata apa” (diam-diam aje lah)

Dalam hadith lain disebut, “banyakkanlah sedekah kerana ia menyejukkan kamu di Alam Barzaakh”.

Kemusykilan atau pertanyaan