Kenapa wanita kena tutup aurat

Dalam satu hadith disebut, “Syaitan menunggu-nunggu bila perempuan hendak keluar dari rumahnya”. Apabila perempuan berjalan keluar, dua syaitan meng”eksploitasi”nya, satu syaitan menghiasi depan dan satu lagi menghiasi belakangnya. Syaitan mengguna-pakai perempuan untuk mempesona para lelaki di luar rumahnya.

Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok (aurat), apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” (At-Tirmizi).

Bayangkan jika setiap hari ada beberapa orang lelaki yang tergoda dengan pemakaian seorang perempuan yang tidak menutup aurat itu. Sebulan berapa banyakkah sumbangannya? Di akhirat nanti tidakkah susah dia hendak mencari para lelaki yang terpesona dengan tubuh badannya untuk meminta maaf dari mereka.

Maka Islam menyuruh perempuan menutup aurat, memakai pakaian yang longgar, tidak menampakkan susuk badan.

Ahzab [33] Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu

Disamping untuk Islam juga menyuruh kita menjaga mata:

Nur [30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.

Nur [31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Kenapa wanita kena tutup aurat”

  1. muhammadhanif Says:

    Salam Perjuangan…

    Pendapat-pendapat Mazhab Tentang Aurat Wanita Islam

    Kedudukan Aurat wanita Islam yang merdeka dinisbahkan kepada lelaki ajnabi (bukan mahramnya), berikut adalah pendapat mazhab berhubung dengan aurat ;

    Mazhab Syafie
    1. Qaul pertama – semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali. Dedmikian menurut qaul yang paling sahih atau muktamad.
    2. Qaul kedua – semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup iaitu sebagai langkah menutup pintu fitnah.

    Mazhab Hambali
    1. Qaul pertama – semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua telapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup.
    2. Qaul kedua – semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali menurut qaul yang paling sahih.

    Mazhab Hanafi
    1. Qaul pertama – semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Bagaimana pun jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup.
    2. Qaul Kedua – semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki hingga pergelangannya.

    Mazhab Maliki
    Semua anggota tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditututp.

    Dari pendapat mazhab-mazhab di atas menunjukkkan bahawa masalah aurat wanita Islam adalah jelas tidak ada perselisihan yang ketara dipandang dari sudut hukum. Dengan itu tidak ada ruang untuk dipertikaikan tentnag masalah aurat di mana ia telah menjadi peraturan syarak yang wajib dipatuhi setiap wanita Islam.


Kemusykilan atau pertanyaan