Ilmu Hati vs Ilmu Lisan

Ilmu itu ada dua macam, iaitu ilmu yang terdapat di dalam hati (ilmu yang bermanfaat) dan ilmu yang terdapat pada lisan yang akan menjadi hujjah ke atas anak Adam (Riwayat Khatib melaui jabir r.a.)

Ilmu Hati

Ilmu hati yang dimaksudkan ialah ilmu yang diamalkan tanpa banyak bicara dan diamalkan secra ikhlas semata-mata kerana Allah SWT tanpa perasaan riyak.

Sesiapa yang belajar ilmu lalu mengamalkannya, nescaya Allah mengajarkan kepadanya ilmu-ilmu yang tidak ia ketahui (Riwayat Abu Syekh)

Ilmu Lisan

Ilmu lisan ialah ilmu yang hanya diceritakan dan diajar secara lisan tetapi tidak diamalkan oleh orang yang bercakap itu. Ilmu itu akan menjadi hujjah di akhirat nanti ke atas tuannya.

Dua orang yang paling menyesal di negeri akhirat ialah orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya dan orang yang mempunyai peluang mencari ilmu tetapi tidak melakukannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Orang yang paling menyesal (berdukacita) pada hari Kiamat ialah orang yang ada peluang menuntut ilmu di dunia, tetapi dia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan orang yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan dia sendiri tidak mendapat apa-apa”.(Riwayat Ibnu As-Sakir dari Anas r.a.)

Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari qiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian lalu ia berpusing (ditengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor kaldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata kepadanya, Hai Fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran?” Lalu orang itu menjawab, “Ya benar. Dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi saya tidak melakukannya dan saya suka melarang orang lain daripada melakukan kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: