…dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar. (Nisa:13)
Mereka ini “dimasukkan” oleh Allah SWT ke dalam syurga dan bukannya memasukki sendiri ke dalam syurga itu. Syurga itu lebarnya selebar langit.
Ali-Imran [133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;
Dalam ayat ini disebutkan tentang sungai yang mengalir dibawah syurga yang menunjukkan bahawa tempat itu adalah tempat yang berair dan tidak kering-kontang seperti di tanah Arab atau padang pasir. Air adalah satu nikmat kurniaan Alla SWT. Tanpa air, manusia sukar untuk meneruskan kehidupan.
Mereka juga kekal di dalamnya.
Anbiya [102] …. mereka akan kekal selama-lamanya didalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka
Ahli syurga tidak akan tua. Umur mereka ketika itu ialah 33 tahun dan kekal pada umur itu kerana di sana tiada peredaran bulan atau bintang yang menetapkan masa.
Abu Said r.a. mengatakan bahawa rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dari orang-orang yang akan masuk syurga, baik muda atau tua, akan dikembalikan sebagai orang yang berusia tiga puluh tiga tahun tidak lebih daripadanya.”(al-hadis)
Anas bin malik r.a. mengatakan bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “kelak akan dibangkitkan orang-orang ahli syurga sebagaimana bentuk adam a.s. dalam usia nabi isa a.s. tiga puluh tiga tahun. Licin mulus tidak berjanggut dan tidak bermisai. Matanya seperti bercelak; mereka diberi pakaian yang tidak akan lapuk dan rosak.”(al-hadis)
Mereka itu juga semakin hari semakin cantik. Dari Anas bin Malik r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.
Kejayaan dimasukkan ke dalam syurga itu adalah itulah kejayaan yang amat besar
As-Saffat [60] : Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
Kemusykilan atau pertanyaan