Pahala Diganda dan Ditambah Lagi

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (Nisaa:40)

Selain digandakan pahala amalan yang dilakukan, Allah SWT memberikan tambahan pahala dari sisiNya yang tiada siapa tahu nilainya. 

Pahala Dari Sisinya

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (Baqarah:103)

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:

An-Naml [89] Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya…..

Gandaan Pahala

Setiap perbuatan baik dibalas pahala yang setaraf dengan perbuatannya. Setiap 1 kebaikan diberikan 10 pahala dan ada kemungkinan sehingga 50, 100, 700, 1000 kali ganda pahala. Jikalau niat untuk melakukan kebaikan tapi tidak dilakukan masih dapat 1 pahala.

Gandaan pahala sedekah pula bergantung pada keikhlasan niat dan sumber harta itu samada halal atau haram.

Syarat untuk mendapat pahala ini mestilah mempunyai iman dan iman itu letaknya di hati. Allah hanya memberikan syurga kepada orang yang memiliki iman dan islam.

Gafir [40]….dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Balasan amalan itu dinilai dari segi keikhlasan niatnya. Besar ikhlas besarlah balasannya. Amalan diberi pahala mengikut nilai atau kadar kasih sayang dan takwa seseorang itu kepada Allah. Oleh itu tingkatkanlah nilai ini agar ibadah kita menjadi lebih cemerlang untuk membawa lebih banyak duit (pahala) pulang ke kampung akhirat. Di dalam hadith Rasulullah s.a.w. bersabda:-

Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) menerangkan, Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya, Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah S.W.T. melainkan orang yang telah ditakdir binasa (Bukhari, Muslim – Jamek Saghir 1/270)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: