Gambar makhluk bernyawa

gambar.jpgDari Ibnu Abbas Radiyallahu ‘anhu : Saya mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda :

Siapa yang membuat satu gambar di dunia, dia akan diazab (disuruh) untuk meniupkan ruh pada gambar itu dan ia bukan peniupnya (tidak akan mampu meniup ruh untuk menghidupkan gambar tersebut)

Ibnu Abbas r.a. adalah seorang tabii’. Satu hari beliau diajak makan oleh seorang pelukis. Kata beliau kepada pelukis itu “Jangan lukis gambar yang bernyawa“. Jawab pelukis itu “Ini rezeki saya“. kata Ibnu Abbas r.a. : “Apabila kamu harus membuat gambar (melukis), gambarlah pohon atau sesuatu yang tidak ada nyawanya.” (seperti gambar pemandangan -bukit, gunung, sungai)

Hanya Allah yang boleh menjadikan makhluk bernyawa. Manusia tidak layak menirunya, malah Allah akan menghidupkan gambar (makhluk bernyawa) yang dilukis itu dan dimasukkan ke dalam neraka bersama pelukis gambar untuk memukul pelukisnya:-

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Orang-orang yang membuat atau melukis gambar-gambar akan disiksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan.”

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : “Manusia yang paling berat siksanya pada Hari Kiamat, ialah para juru gambar.”

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Setiap tukang gambar akan di masukkan ke dalam Neraka. Allah akan menjadikan baginya dengan setiap gambar yang dibuatnya nafas yang menyiksanya di Neraka Jahannam.”

Bagaimana pula gambar yang diambil dengan kamera?

Ulama terdahulu telah membahaskan tentang hukum gambar yang diambil dengan menggunakan kamera. Ada yang membolehkan, dengan alasan kamera tidak memerlukan usaha dari tangan manusia. Manakala yang mengharamkannya mengatakan kamera juga memerlukan usaha tangan manusia untuk memasukkan filem, mencuci filem dan sebagainya. Gambar dari kamera tetap tercipta walaupun tidak dilukis dengan tangan. Akhirnya kalah pendapat yang membolehkan penggunaan kamera.

Semua 4 mazhab mengharamkan melukis gambar makhluk bernyawa. Diharamkan kecuali bergambar untuk keperluan seperti membuat IC (mykad), passport dan sebagainya.

Jangan digantung gambar makhluk bernyawa kerana malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang digantung gambar.

Hadis Sahih Bukhari bahawa Abu Thalhah berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda, “Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.”

(Malaikat rahmat sahaja tidak masuk, malaikat “ketuk-ketuk” iaitu malaikat maut masuk juga)

Ada juga yang kata gambar separuh boleh (iaitu gambar muka sahaja)? Betulkah begitu?

Bahagian yang paling penting dalam badan ialah muka kerana manusia dikenali melalui rupa bentuk mukanya seperti mata, hidung dan mulutnya. Tanpa bahagian kepala dan muka, manusia tidak dikenali. Jadi adalah tidak logik jika dikatakan gambar muka dibolehkan. Makhluk bernyawa dibezakan melalui kepala dan mukanya.

Nabi pernah memotong gambar bahagian kepala burung pada kain langsir yang dipasang Siti Aisyah, dan kain itu dijadikan sarung bantal.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya : Kami mempunyai kain langsir yang bergambar burung. Orang yang hendak masuk, tentu akan melihat kain langsir yang bergambar tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Gantilah kain langsir ini, kerana setiap kali aku masuk dan melihatnya aku menjadi ingat kepada dunia.

Gambar di sembah

Setelah pemergian Nabi Idris, usaha dakwahnya diteruskan oleh 5 orang anaknya yang bernama Wad, Suwa’, Jaguth, Ja’uuq dan Nasr. Setelah kematian mereka berlima, syaitan telah menyamar sebagai manusia (orang tua) dan mencadangkan kepada kawan dan keluarganya supaya melukis gambar mereka berlima sebagai mengenang jasa mereka. Lalu gambar itu digantung dalam setiap rumah mereka yang hidup di zaman itu.

Setelah masa berlalu dan manusia mula lupa tentang 5 orang tadi, Syaitan kembali lagi dan menyamar sebagai manusia. Kali ini dia menyuruh manusia menyembah gambar nenek-moyang mereka yang telah lama mati itu sebagai mengenang jasa mereka.

Dikirim dalam Hadith. 9 Comments »

9 Respons to “Gambar makhluk bernyawa”

  1. azhaza Says:

    Jadi rumusannya apa bentuk gambar yg bernyawa tidak dibenarkan. Gambar keluarga dan anak2 yg biasa kita ambil utk buat kenangan, contoh apabila kita pergi ke luar negara atau tempat peranginan. Jadi gambar2 ini juga tidak dibenarkan ?

  2. sulaiman Says:

    Ya, tidak dibenarkan..
    Guru maulana di Mesir kata, kalau nak bergambar juga untuk kenangan, simpan dalam albumlah. Jangan gantung. Tetapi Maulana sendiri memilih tidak bergambar kecuali ada keperluan.

  3. Makhluk yang bernama Neraka « Nasbun Nurain Says:

    […] Pelukis gambar makhluk yang bernyawa. (pernah ditulis sebelum ini) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya : Rasulullah […]

  4. Makhluk neraka « AL ISLAM Says:

    […] Pelukis gambar makhluk yang bernyawa. (pernah ditulis sebelum […]

  5. Tentang anjing « Nasbun Nurain Says:

    […] Tentang anjing Posted November 3, 2008 Filed under: Uncategorized | Rasulullah s.a.w., bersabda “Malaikat (Malaikat Rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” […]

  6. yukimura91 Says:

    adakah gambar seperti gambar animasi seperti kartun tidak dibenarkan digantung di dalam rumah?terima kasih :D

  7. sulaiman Says:

    Sebaiknya tidak digantung, kartun pun asasnya dari makhluk bernyawa juga kan…Gantunglah gambar-gambar pemandangan.

  8. Kenapa Umat Islam Lemah « Nasbun Nurain Says:

    […] Islam lemah pada hari ini juga terdedah kepada pergaulan bebas dan gambar serta filem lucah mudah diperolehi sehingga akhirnya membawa kepada perzinaan. Bahkan di Malaysia […]

  9. Umat Islam Perlu… | Nasbun Nurain Says:

    […] Islam lemah pada hari ini juga terdedah kepada pergaulan bebas dan gambar serta filem lucah mudah diperolehi sehingga akhirnya membawa kepada perzinaan. Bahkan di Malaysia […]


Kemusykilan atau pertanyaan