Ramadan Bulan Keampunan

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan malam dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Untuk mendapatkan pengampunan dosa, pastikan nafsu dikawal dan semua pantang larang Ramadan dijaga. Dalam hadith yang lain pula cuma disebut “dosa yang telah lalu” iaitu mulai 1 Syawal hingga 30 Syaaban sebelumnya. Inipun sudah cukup bagus.

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

“Sembahyang lima waktu, dari Jumaat (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)

Menghidupkan malam melalui aktiviti seperti Sembahyang Terawih dan bertadarus juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah s.w.t. Sembahyang Terawih sebanyak 20 rakaat diasaskan oleh Sayyidina Umar r.a. dan ini dilakukan bagi menggantikan sembahyang malam atau tahajjud Rasulullah sebanyak 8 rakaat pada malam bulan Ramadan. Sembahyang terawih 20 rakaat adalaha sunnah dari para Jamaah iaitu jamaah sahabat nabi dan kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (sembahyang malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang sembahyang malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Selain itu memberi makan kepada orang yang berpuasa juga diberi tawaran pengampunan dosa.

Sesiapa yang mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

Menghidupkan malam Lailatul Qadar juga diberikan pengampunan walaupun tidak bertemu dengannya.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim

2 Respons to “Ramadan Bulan Keampunan”


Kemusykilan atau pertanyaan