3 Amalan Untuk Menghapuskan Dosa-Dosa Kecil

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertanya (kepada para sahabatnya) “Adakah kamu ingin tahu tentang sesuatu yang boleh menghapuskan dosa oleh Allah s.w.t. dan mengangkat darjat (kamu?) Maka mereka menjawab “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Sabda Baginda, “Berwuduklah dengan cara bersungguh-sungguh ketika kesejukan, dan banyakkanlah langkah menuju  ke masjid-masjid (untuk sembahyang), menanti sembahyang selepas sembahyang adalah jihad“. Di dalam hadith daripada Malik bin Anas, itu adalah jihad, itu adalah jihad (disebut sebanyak dua kali dalam Riwayat Muslim). Manakala di dalam hadith riwayat Tirmizi pula disabdakan sebanyak tiga kali.

Di dalam hadith ini disebut 3 amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kecil dan menaikkan darjat seseorang Muslim iaitu; 1. Berwuduk ketika cuaca sejuk atau menggunakan air sejuk;         2. Memperbanyakkan langkah ke masjid dan; 3. Menunggu atau menanti satu sembahyang selepas satu sembahyang (juga merupakan satu jihad).

1) Berwuduklah dengan cara bersungguh-sungguh ketika kesejukan.

Berwuduk ketika cuaca sejuk atau menggunakan air sejuk adalah satu amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. 

2) Memperbanyakkan langkah ke masjid

Dari Jabir r.a. lagi, katanya: “Bani Salimah – salah satu kabilah kaum Anshar yang terkenal radhiallahu ‘anhum – bermaksud hendak berpindah tempat berdekatan dengan masjid. Berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w., kemudian Baginda s.a.w. bersabda kepada Bani Salimah itu: “Sesungguhnya telah sampai berita kepadaku bahawa engkau semua ingin berpindah ke tempat berdekatan dengan masjid?” Mereka menjawab: “Benar, ya Rasulullah, kita berkehendak sedemikian itu.” Baginda s.a.w. bersabda lagi: “Wahai Bani Salimah, tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu – pahala melangkahkan kaki dari rumah ke masjid itu pasti dicatat sebanyak yang dijalankan. Jadi tidak perlu berpindah berdekatan masjid. Tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu.” (Riwayat Muslim)

3) Menanti sembahyang selepas sembahyang

Menunggu atau menanti satu sembahyang misalnya menunggu waktu Isyak setelah selesai mengerjakan fardu Maghrib atau keluar daripada masjid setelah selesai satu sembahyang tetapi kembali semula sebelum masuk waktu sembahyang yang berikutnya. Perbuatan menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang juga merupakan satu jihad. Jihad ini, adalah lebih mudah dan ringan untuk dilakukan jika dibandingkan dengan jihad peperangan. Namun begitu tidak ramai yang mampu untuk melakukannya kerana ia bercanggah dengan kehendak hawa nafsu. Nafsu lebih cenderung membawa seseorang untuk berada di luar masjid daripada menunggu di dalam masjid.

 

————————————————————————————————————————————————————————

 

© nasbunnuraini.wordpress.com (2006 – 2011) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nasbunnuraini.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nasbunnuraini.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nasbunnuraini.wordpress.com terlebih dahulu.


3 Respons to “3 Amalan Untuk Menghapuskan Dosa-Dosa Kecil”

  1. Habib Ahmad Says:

    MAJLIS2 ILMU SEPANJANG RAMADHAN

    1. Majlis Ihya Ramadhan di Madrasah at-Tazkiyyah

    2. Pengajian Kitab dan Tazkirah Ramadhan Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki Sepanjang Ramadhan 1432

    3. RAMADHAN SERIES 15TH

    4. Majlis Khas Di Masjid Ar Ridhuan

  2. sasori Says:

    min kan klo liat foto wanita telanjang itu dosa bisa hilang gak klo menjalan kan yg di atas..?


Kemusykilan atau pertanyaan