Nafsu Sendiri Yang Menyesatkan

Qaf [27] (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong

Apabila Allah bertanya mengapa Syaitan menggoda manusia, mereka tidak mengaku mengoda. Sebaliknya Syaitan mengatakan bahawa mereka disesatkan oleh nafsu dalaman mereka sendiri. Seperti kata pepatah, hulu kapak yang menebang pokok lazimnya datangnya daripada dahan pokok itu sendiri.

Syaitan hanya mengambil peluang di atas nafsu yang tercetus seperti kucing yang menunggu tikus keluar dari lubangnya.Syaitan hanyalah faktor luaran dan tambahan sahaja.

Nafsu dijana melalui darah yang terhasil daripada makanan. Namun makanan yang dimakan oleh Rasulullah s.a.w tidak menjana nafsu yang buruk kerana makanan yang dimakannya olehnya turut berzikir.

Diriwayatkan oleh Abdullah: “Sesungguhnya kami mendengar makanan yang dimakan Rasulullah SAW mengagungkan nama Allah.” (Sahih Bukhari)

Semasa peristiwa Israk, juga Malaikat telah mengeluarkan jantung Nabi dan membersihkannya darah kotor daripada hati Baginda dan dimasukkan kembali sebelum Baginda di bawa ke langit. Hati yang bersih ini juga diberikan kepada para ahli syurga:

Al-Hijr [47] Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Selain itu Rasulullah s.a.w. juga berjaya mengawal syaitan dalam diri Baginda. Menurut hadis Rasulullah tidak terkecuali semua orang itu ada mempunyai syaitan masing-masing. Tanya para sahabat, “sekalipun engkau wahai Rasulullah s.a.w.?” Sabdanya: Sekalipun aku sendiri, tetapi syaitan aku sudah Islam iaitu menurut arahanku (patuh dan taat di bawah kuasaku) dan tidak memerintah aku lagi.

Allah s.w.t. juga mengatakan bahawa “hambanya” tidak boleh disesatkan, (“Inna ibadi laisa laka alaihim sulthan”). Maka jadilah hamba Allah yang tunduk dan patuh kepada perintahnya dan menghindari larangannya. :

Israa [65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

Hijr [42] Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Kemusykilan atau pertanyaan