Ingat Allah Dalam Sembahyang

Rasulullah S.A.W bersabda “Tiada sesuatu yang diperolehi oleh seseorang hamba dari sembahyangnya, melainkan apa yang dibuatnya dengan akal yang penuh kesedaran (hati). Sesungguhnya seseorang yang menunaikan sembahyang itu, adakalanya sembahyang, tetapi tidak dicatat baginya satu perenam atau satu persepuluh darinya dari sembahyang itu.”

Tanpa ingatan kepada Allah swt semasa melakukan ibadah sembahyang, sembahyang itu kosong isinya. Pahala yang diberikan bergantung kepada selama mana dan sebanyak mana ingatan kita kepada Allah dalam melakukan sembahyang.

Hassan al-Basri r.a. pernah berkata yang maksudnya 

“Setiap sembahyang yang tidak disertai oleh hati yang hadir, maka lebih cepat ia mendapat seksa”.

Sembahyang sepatutnya mendekatkan seseorang kepada rahmat (kasihan belas) Allah swt, tetapi sembahyang yang dilakukan tanpa ingatan kepada Allah lebih dekat kepada seksaannya.

Imam al-Ghazali berkata ” Dan yang paling penting diberi perhatian di dalam sembahyang ini ialah khusyuk atau hadir hati bersama dengan bacaan dan zikir”.

Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain).

Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepatlah kembalikan ingatan kepada Allah.

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

2 Respons to “Ingat Allah Dalam Sembahyang”

  1. Habib Ahmad Says:

    Majlis2 Ilmu :

    Majlis Maulidul Rasul SAW & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/419611_10150700057071999_295419981998_11671486_441838937_n.jpg

    Bersama Habib Ali Al Jufri di IIUm :

    Seminar ‘MANHAJ NABAWI’ -UNIVERSITI AS-SOFA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/p1-1.jpg

    Mawlid Perdana di Masjid Besi Putrajaya : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/428994_2853139007931_1243224936_32310278_1731500179_n.jpg

    Sertailah Facebook kami : http://www.facebook.com/pondokhabib

    PESTA BUKU ANTARABANGSA KL KLIK : http://suka.pts.com.my/index.php/hebah/pbakl/100001039522731


Kemusykilan atau pertanyaan