Takut dan Sayang Allah, Penyelesaian Segalanya

Takut yang sebenar-benarnya ialah takut kepada Allah SWT. Takut kepada Allah bermakna patuh, menurut perintah Allah dan menjauhi larangannya. Kita akan selamat jika patuh kepada Allah dan Allah akan menolong walau dimana saja kita berada. Sayang yang sebenar-benarnya ialah sayang kepada Allah SWT. Janganlah menyayangi sesuatu atau seseorang melebihi sayang kita kepada Allah SWT. Allah sayang kita lebih daripada kita sayang kepada anak kita. Allah mahu semua manusia masuk syurga, tapi Allah tidak memaksa kerana hidup ini adalah satu ujian. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Terpaksa dan Tidak Sengaja Tidak Berdosa

An-Nahl [106] Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

Baqarah [173] Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Baca baki entri ini »