Ramadan Hadiah Allah Kepada Kita

Ramadhan adalah satu bulan yang sangat besar kelebihan dan banyak hadiah istimewa yang diberikan dalam bulan ini. Sesiapa yang berpuasa dengan baik, dengan mengikut peraturan dan pantang larangnya, maka berjayalah puasanya. Sebelum Ramadan pergi meninggalkan kita, Allah SWT akan memberikan satu malam yang istimewa kepada kita umat Muhammad s.a.w., iaitu Malam Qadar. Allah s.w.t menghadiahkan Lailatul Qadar untuk memudahkan kita memasuki syurgaNya. Allah ingin mewariskan syurgaNya kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim) 

Bulan Syaitan Dirantai

Pada bulan Ramadhan, syaitan (jin-jin yang jahat) dirantai bagi membantu mereka yang berpuasa melawan nafsunya. Syaitan berasal dari bangsa jin.

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Pintu Neraka Ditutup, Pintu Syurga Dibuka. 

Pada bulan Ramadhan, dihentikan seksa kubur ke atas umat Islam dan ditutup pintu-pintu neraka dalam bulan ini. Dibuka 8 pintu syurga yang jaraknya 60 batu antara satu sama lain. Ditutup 7 pintu neraka  yang lebarnya 40 tahun perjalanan dan dalamnya 70 tahun perjalanan untuk sampai ke dasarnya. Pintu neraka ditutup bermakna kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran antara alam dunia dan alam akhirat). Seksaan kubur ke atas orang Islam dihentikan pada bulan Ramadan. Selain itu orang Islam yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.

Pintu Rahmat Dibuka

Allah SWT sangat pemurah di bulan ini. Amalan fardhu digandakan 70 kali. Amalan sunat pula diberikan pahala fardhu. Di bulan ini juga terdapat LailatulQadar, solat malam yang dikenali sebagai solat terawih: 

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan(amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

“Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu (Ramadhan) dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib, dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu” (Dalam hadith Riwayat Salman r.a.)

Melakukan amalan sunat diberi balasan pahala fardu. 

Sesiapa yang melakukan sembahyang sunat, ia diberi pahala seperti sembahyang fardhu.

Melakukan amalan fardu diberi balasan 70 kali ganda.

Melakukan satu rakaat sembahyang fardu di dalam Ramadhan adalah sama dengan 70 rakaat sembahyang fardu di luar Ramadahan.

Sekiranya terdapat 5 kali solat Jumaat dalam bulan Ramadhan, bermakna seseorang itu mendapat 5 x 70 pahala solat Jumaat yang bersamaan dengan 350 Jumaat di luar bulan Ramadhan, dan bersamaan pula seperti 7 tahun bersolah Jumaat.

Ganjaran sedekah  bernilai RM1 di dalam Ramadhan adalah bersamaan RM70 di luar Ramadhan.

Satu (1) sembahyang fardhu adalah bersamaan 70 rakaat sunat. Jika seseorang itu mengqadha (ganti) 1 sembahyang fardhu dengan melakukan sembahyang sunat, maka dia perlu melakukan 70 rakaat sunat (ini tentunya memberatkan).  Maka adalah lebih baik jika sembahyang fardhu yang hendak diganti (qadha) itu, digantikan dengan sembahyang fardhu juga, disamping itu menerima 70 kali ganda pahala.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: