Doa

Tempat dan masa doa makbul 

Allah terima doa selepas solat fardhu, ditengah-tengah azan dan qamat, semasa hujan, masa ayam berkokok. Doa selepas wudu’ gugurkan dosa. Doa dalam hati, dalam sujud juga makbul.

Adab dan cara doa 

Berdoa secara senyap (perlahan) dan khusyu’ Allah terima dan lebih afdal. Allah bukan pekak atau tuli kata Nabi, Tuhan sentiasa bersama kamu:-

Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang gaib, sesungguhnya kalian sedang berdoa kepada Tuhan Yang maha Mendengar lagi Maha Dekat; Dia selalu bersama kalian (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)


Doa secara perlahan dan cakap perlahan itu satu penghormatan. Orang yang merendahkan suara itu lebih bertaqwa dan mendapat keampunan dan pahala.

Sunnah Nabi berdoa pendek dan kemas (padat) seperti (Rabbana atina fiddunya hasanah…)

Jaga makan dan minum, Allah terima doa.

Tanpa usaha dakwah (amal ma’ruf dan nahi mungkar) Allah tak terima doa.

Berdoa semas sujud secara bersungguh-sungguh Allah terima.Kalau nak berdoa dalam sujud, buatlah selepas solat. Jangan didalam solat kerana dalam solat hanya boleh baca tasbih(subhana rabbiyal a’la) semasa sujud.

Angkat tangan jangan lebih paras muka. Rapatkan tangan.

Tertib bila berdoa:-

  • Puji Allah (Al-hamdulillah…)
  • Selawat
  • Mintaklah apa apa hajat, doa
  • Selawat
  • Puji Allah

(Doa antara dua selawat kerana Selawat penembus hijab doa ke langit)

Adab berdoa juga:-

  • terpancar dari hati yang ikhlas
  • bersungguh-sungguh
  • jangan putus asa, ulang-ulang pada saat yang berkat

Menangislah semasa berdoa, setidak-tidaknya buat menangis. Menangis kerana takutkan Allah. Bura’ pun menangis kerana takut nabi tak pilih dia jadi tunggangan. Pelepah tamar menangis kerana Nabi tak guna dia jadi mimbar, akhirnya masuk syurga.

Jangan boring dalam berdoa. Jangan jemu berdoa benda baik. Doa diterima bila yang ada jadi tiada(cth penyakit) atau yang tiada jadi ada (cth rezeki).Semua berlaku dengan izinnya bukan secara kebetulan. Orang kafir berjaya bukan sebab doa mereka diterima tapi sebab Allah dah tentukan bahagiannya (kecuali kafir yang teraniaya. 

Cepat atau lambat bergantung pada Allah dan banyak atau sedikit dosa. Ada orang taubat 30 tahun baru Allah terima. Nabi Musa berdoa 30 tahun barulah Firaun mati.

Tanpa doa dan usaha Allah tidak akan baiki nasib. Allah beri kemudahan untuk sesorang itu jadi apa yang dikehendakinya.

Dikirim dalam Doa, Hadith. 4 Comments »

4 Respons to “Doa”

  1. three69 Says:

    salam

    selawat dalam tertib berdoa adakah seperti selawat pertama dalam tahiyyat? atau ada method lain selawat dlm berdoa seperti diajarkan Nabi saw? Saya keliru kerana selawat dalam doa ada pelbagai versi.

    • sulaiman Says:

      Salam..Selawat yang paling baik adalah seperti dalam tahiyyat kerana ia adalah dari hadith yang sahih sanadnya.

      Selain itu banyak selawat lain yang direka oleh para ulama, ahli tarekat dan wali.

  2. arab07 Says:

    salam ustaz…
    boleh ke seorg muslim itu mendoakn kejayaan utk org kafir bg mengharumkan name negara?spt yg berlaku kini…

    • sulaiman Says:

      Salam,

      Dilarang berdoa untuk orang kafir melainkan agar mereka diberi hidayah. Terdapat larangan Allah daripada berdoa meminta ampun kepada orang kafir (apalagi mendoakan kejayaan):-

      Taubah [113] Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun (doa’) bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.

      Taubah [80] (Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik.

      Taubah [84] Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).


Kemusykilan atau pertanyaan