Bersaudara Kerana Agama

…dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103) Baca baki entri ini »

Berpegang Teguh Dengan Tali Allah

Ali-Imran [103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) ….. Baca baki entri ini »

Mati Dalam Iman

Ali Imran [102]……”jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam“. Daripada Jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati. Baca baki entri ini »

Takutlah Kepada Allah Dengan Sebenar-benar Takut

Aali-Imran [102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Baca baki entri ini »

Musibah Tanda Allah Sayang

Musibah adalah bencana atau sesuatu yang mendukacitakan yang menimpa. Bala atau musibah adalah ujian daripada Allah untuk membersihkan dosa-dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.) Baca baki entri ini »

Quran Yang Mengandungi Kebenaran

Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (Ali-Imran:3) Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (Ali-Imran:4) Baca baki entri ini »

Mereka Tetap Tidak Beriman Walau Diturunkan Malaikat, Kitab dan Rasul

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Al-Anaam:111) Baca baki entri ini »

Tiada Yang Boleh Menyaingi Allah SWT

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imran: 189) Baca baki entri ini »

Suatu Amaran Tentang Harta dan Pujian

Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:188) Baca baki entri ini »

Kehidupan Dunia Dipercantikkan Bagi Mereka

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya) (Baqarah:212) Baca baki entri ini »

Hari Amalan Ditayangkan

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya) dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya (Ali-Imran:30)

Cukupkan dan Cantikkan Amalan Fardhu

Cukupkan amalan-amalan fardhu terutamanya solah kerana ia merupakan amalan pertama dihisab (dikira). Gantilah jika ada yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan.

Cantikkan amalan amalan-amalan fardhu dengan melakukan amalan-amalan sunat.

Maksimakan pahala amalan sebaik mungkin di dunia ini.

Segala Amalan Direkodkan

Semua amalan dicatitkan oleh malaikat walaupun ia dilakukan secara rahsia, samada besar mahupun kecil.

Niat untuk melakukan kejahatan tidak dicatit selagi tidak dilakukan, bahkan diganti dengan pahala.

Jika terlanjur melakukan kejahatan atau dosa dengan Allah, segeralah bertaubat dan menangislah kerana ia akan membatalkan catitan kejahatan itu.

Terima Rekod Amalan

Muslim terima rekod prestasi amalan melalui tangan kanan. Kafir terima rekod melalui tangan kiri.

Islam Umpama Bangunan Yang Kukuh

Maka adakah orang yang membangunkan binaan yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan binaan yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk kepada orang-orang yang zalim (Taubah:109) Baca baki entri ini »

Rasul dan Wahyu

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya.. (Baqarah:285) Baca baki entri ini »